Saturday, September 26, 2009

Sedarlah Melayu Pulau Pinang...

Orang melayu PP sendiri secara tak sedar yang menyokong penuh PR ketika GE12 untuk kaleh kerajaan pimpinan BN dahulu..memang diakui ada salah dan silap pernah dilakukan oleh kerajaan terdahulu, tetapi masih lagi bernyawa orang melayu khusus di bahagian pulau, dulu wlaupun orang depa pegang ketua menteri tapi majority terletak pada UMNO atau lebih tepat Melayu nak lagi2 tepat orang Islam, masih lagi ada ruang dan peluang untuk orang melayu bersuara pendapat, bekeras tentang hak dan menjawat beberapa jawatan penting dalam perbadanan/majlis negeri.

Tetapi lihatlah sekarang KESAMARATAAN yang dilaungkan oleh pemimpin PR yang tak serupa bikin, sendiri boleh tengok sapa yang pegang tampuk kuasa ekekutif sebagai decision maker dalam badan2 yang penting dalam negeri?? Melayu ke yang majoritinya?MeLAYU, Cina, India semua sama dulu tu la yang diriuh oleh depa, si melayu telan percaya bulat2..kahkahkah..kalu sama tinggi sama rendah saksamanya kenapalah ada jurang jawatan yang cukup ketara dalam perbadanan seperti contoh dalam PDC, pi usha tengok sapa duk kat kerusi empuk tu sekarang, orang depa jugak, sapa duk bekerja bawah dia, melayu la pekerja melaksanakan arahannya…alahai melayu..Mana dia wakil melayu PKR atau PAS untuk menyoal semua perkara ni, hm.. diam seribu bahasa la..

Teramat meluat dengan sikap yoyo Melayu PP,tapi bukanlah semua mcm ni..depa ni tak pernah nak bersatu hati untuk menjadi kuat seia sekata senada sesuara, tak sedar diri tu minority aja kat penang ni.. Cubalah jangan berpecah dan bersatu dalam satu bumbung walaupun suka atau tidak akan parti tertentu namun suara anda dengar juga, ni di satu pihak PAS, ada PKR, ada UMNO, yang atas pagar lagi la ramai..mcm ne tak kena kencing ngan depa….. Negeri ini hanya memerlukan naungan sebuah parti untuk melayu, barulah melayu sendiri akan diangkat. Tak payahla duk hehmoi ketidakpuasan hangpa tu dengan PR buat rugi diri aja.

Depa mcm ne lain2 parti dan ideology pun bila kena orang depa, depa bersatu pakat ramai2 berjuang nasib pembelaan orang depa.Kita? tepuk dada Tanya selera..
Berubahlah melayu PP, bersatu kita teguh…Masih belum terlambat untuk bangkit..
Blogged with the Flock Browser

Thursday, September 10, 2009

Dan...berjalanlah jentera anarki Anwar di Indonesia...

Masalah besar dgn Anwar dia terlalu ketagihkan perhatian umum. Sebab sebenar dia begitu marah dan ingin membalas dendam terhadap UMNO kerana Tun Mahathir menyumbatnya ke penjara...

Dia begitu seronok setiap minit agenda reformasi dihembuskan kerana dia mendapat fokas ekslusif walaupun merengkuk di penjara. Melalui gerakan reformasi, dia yang ketandusan publisiti dapat menghidupkan imejnya.Kurungan dipenjara menaikkan kemarahannya kerana talian publisitinya terputus.

Perangainya juga disenangi dalang CIAnya yang mendapati keadaan dirinya itu amat menyulitkan. Ini kerana bukan hanya dia yang mengharap untuk menyerlah sebagai pemimpin unggul di Malaysia, ada juga pihak British yang dikatakan berusaha ke arah merealisasikan agenda yang sama, untuk menggugat kestabilan negara Islam paling berdaya maju di dunia,iaitu malaysia.

Apa yang nyata 16 September sengaja disabotajkan oleh Anwar kerana dia sedar tidak akan dapat menguasai sepenuhnya keadaan berikutan tentangan kuat dari dalam Pakatan sendiri...masih kita ingat pakar karate yang ditangkap di Msia kerana cuba mendapatkan pelacur dulu?

Kawannya menajakan rusuhan di Indonesia, pakar karate tu ditangkap di sini dan jawapan rasmi mengatakan dia sedang mendapatkan pelacur wanita, walhal sebenarnya di cuba mendapatkan anak muda lelaki. Anwar mungkin cuba menafikan kaitan ini tetapi dua 'jambu' tersebut mau tak mau ada kaitan dgn apa yang tertulis, iaitu nafsu serakah untuk kaum lelaki.

Anwar menggunakan rangkaian Indonesianya menjana kemarahan terhadap Malaysia sebagai sebahagian daripada tugasan globalnya. Pertalian Anwar di Indonesia dapat dijejaki kpd operatif yang sama di Indonesia di mana CIA juga secara umum diketahui begitu aktif. Anwar sebahagian daripada jentera yang mengapikan-api kebencian kpd media Indonesia seiring setiap kes brutal ke atas pembantu rumah.

Jika ketandusan berita baik, berita tak baik pun jadi...inilah taktik operasi Anwar di Malaysia. Pendekatan yang sama digunakan oleh CIA di Indonesia bagi mencalarkan reputasi dan imej Malaysia dan menggugat perhubungan di antar dua negara islam yang kuat ini.

Strategi jangka panjang ialah untuk memalukan Islam dan menggantikannya dgn satu daripada dua versi Islam Amerika di semua negara Islam, iaitu bentuk Islam yang dinaungi pengganasan tajaan Osama ben Laden, pergerakan wahabbi dan islam orientalis yang sebenarnya sama dgn pergerakan agnostik dalam agama Kristian di mana Tuhan hanya sekadar satu bahan perbincangan - satu titik tumpuan bagi kegunaan kompas moral berdasar logik manusia semata-mata...



Blogged with the Flock Browser

Tuesday, September 1, 2009

Tidak mungkin ada kesaksamaan



 

Tiada mana-mana kerajaan atau negara di dunia mengamalkan kesaksamaan di antara majoriti dan minoriti. Perkataan majoriti dan minoriti itu sendiri masing-masing membuktikan tiada terdapat apa yang dikatakan sebagai kesaksamaan.

Kita tidak dapat menjadi idealis dan hidup dalam impian. Ini sesuatu yang nyata. Kita tidak boleh  hidup sebagai munafik.

Tunjukkan sebuah negara yang mengamalkan kesaksamaan di antara majoriti dan minoriti. Amerika? Britain?Australia? Apakah kesemua negara tersebut mengamalkan keaksamaan dalam erti kata sebenar?

Tahukah kita semasa berlaku pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi ketika PeranG Dunia Kedua, mereka juga mendapatkan perlindungan di negara-negara Islam? 

Walaupun di terima,penduduk Amerika dan Britain masih mendiskriminasikan orang Yahudi.

Dalam apa jua bentuk kerajaan pihak majoriti yang memerintah! Inilah cara mereka memerintah dan menguruskan negara. Mereka boleh bertindak ADIL, tetapi tidak mungkin bertindak secara saksama dengan kaum minoriti.

Apa yang kita perlukan kini ialah pengurusan yang ADIL. Jika sesiapa dalam kerajaan melakukan jenayah atau mencetuskaan kekacauan, mereka juga mesti dihukum, bukan hanya pihak minoriti.

Hakikatnya, apa yang perlu ialah perlaksanaan yang ADIL dan bukan KESAKSAMAAN.