Friday, November 14, 2008

Aisyah Ghani: "Tepuk dada, tanya selera..."


Bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Aishah Ghani berkata, terpulang kepada calon-calon yang layak untuk bertanding jawatan tinggi pergerakan itu.

Ini, katanya, bagi membolehkan mereka membuat keputusan sendiri sama ada mahu bertanding atau tidak dan menyerahkan kepada perwakilan membuat keputusan.

"Tepuk dada, tanya selera," kata pemimpin Umno itu ketika diminta mengulas kekusutan berhubung isu perlalihan kuasa yang melanda Wanita UMNO sekarang.

Ia ekoran mesyuarat exco Wanita Isnin lalu yang mahu peralihan kuasa dikekalkan pada Jun 2009, manakala beberapa Wanita negeri mahu ia dipercepatkan ke Mac depan ketika pemilihan pucuk pimpinan Umno di semua peringkat diadakan.

No comments:

Post a Comment