Saturday, November 15, 2008

Rithaudeen: politik wang dalam UMNO akan lebih parah


Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail tidak menolak kemungkinan gejala politik wang yang berleluasa dalam UMNO menjadi semakin parah menjelang pemilihan pusat Mac depan.

Beliau berkata, ia kemungkinan berlaku disebabkan tempoh berkempen bagi pemilihan mengambil masa yang lama.

"Nampaknya begitulah. Saya tak nak kata sangat dengan begitu yakin, mungkin tidak berlaku tapi boleh jadi (gejala politik wang) akan terus berlaku kerana pemilihan akan berakhir pada bulan Mac.

"Pada mereka (ahli-ahli), makin lama makinlah bagus...banyak lagi duit orang dapat. Saya tidak suka tengok keadaan ini,"

No comments:

Post a Comment