Sunday, November 16, 2008

Siapa menyekat bukan Melayu sertai perkhidmatan awam?


Baru-baru ini Timbalan Menteri India Pulau Pinang, P.ramasamy bising pasal tak ramai bukan Melayu dalam perkhidmatan awam. Seperti biasa tuduh UMNO yang berat sebelah. Dia bagi statistic, sampai Sep 30 tahun ni Melayu 82% ( termasuk mamak Penang ), 13 % India dan 5 % Cina.

Soal nya siapa yang sekat bukan Melayu kerja gomen ni ? Atau bukan Melayu yang tak suka jawatan gaji rendah. Bila polis, tentera, bomba buka tak nampak pun India Cina yang memohon. Kali akhir India jadi tentera laut masa Thanabalasingam jadi Navy Chief , tapi dia juga naik dari bawah. Hurbert Clifford, Rama Iyer, Navaratnam ramai lagi termasuk pegawai tinggi, KSU yang ada, Duta-Duta semuanya naik dari bawah dan tanpa pilih kasih.

Lupakah Ramasamy selama lebih 150 tahun sejak datuk dia berhijrah dari Tamil Nadu, Andra Pradesh, kaum Indialah yang menguasai PWD, LLN, Pos, Telekom, KTM, pelabuhan, dan Majlis tempatan. Tak dak sorang pun orang Melayu komplen? Malah seawal 1816, kaum India , orang Cina dah pergi sekolah bila Penang free School di buka. Anglo Tamil School tumpang di Penang Free School. Tahun yang sama sekolah Cina buka di Melaka. Sekolah Melayu pertama, Sekolah Melayu Telok Air Tawar, Penang dan Telok Belanga Singapura hanya dibuka pada 1856, selepas 40 tahun bukan Melayu bersekolah. Itu pun sampai darjah 5, sedangkan India Cina sampai Senior Cambridge ,lepas tu sambung ke Raffles, King Edward Medical College , ke Australia, UK, balik jadi lawyer, doctor, professional yang lain , Melayu ? tanam padi. Sedih lagi 1885 sekolah Melayu sampai darjah 4. Ada Melayu bising ?

Baiknya orang Melayu , walau pun India hanya 7 % penduduk negara ni, orang macam Ramasamy boleh jadi Timbalan Ketua Menteri.

Malah semasa pilihanraya 1955, Melayu 90 % dari pengundi tetapi dari 55 kerusi, 15 di sedekah kepada bukan Melayu atas dasar tolak ansur. Ramai yang di lantik Menteri, Timbalan Menteri. Malah sebahagian besar dari 20 kerusi MCA, Gerakan, MIC menang di kawasan majoriti Melayu.

Kalau Ramasamy ingat kembali ucapan Tun V T Sambanthan di Dewan Rakyat pada 1 Jun 1965 – " tahun 1955, kita menang pilihanraya dengan majority besar. Dua tahun kemudian kita Merdeka dimana kita bincang kerakyatan dan perkara lain. Sekarang apa yang orang Melayu buat – memandangkan kita bercakap tentang isu kaum – apa yang pemimpin Melayu buat ?

Mereka ada 88 % dari pengundi , tapi apa yang mereka buat dengan kerakyatan ?

Kalau kita perhati di Asia, Timur Asia khususnya, kaum saya, kaum India tidak di terima di Ceylon, tidak di terima di Burma. Lihat abang saya, kaum Cina, tidak di terima di Thailand, Vietnam, Cambodia dan tempat tempat lain. Apa bantuan yang mereka dapat dari segi kerakyatan di negara negara ini ? Di Burma mereka di halau balik, di Ceylon kerakyatan mereka di sekat. Kamu semua tahu, saya pun tahu. Tapia pa yang berlaku di Malaya ?

Di sini kita dapati Pemimpin Melayu berkata , " Kita akan menerima mereka sebagai saudara kita, kita akan berikan sepenuh peluang sebagai rakyat Malaya ". Terbukti pada tahun 1957, syarat bahasa di kecualikan dimana berpuluh ribu kaum India, Cina , Ceylonese dan lain lain menjadi warganegara. Seperti apa yang saya katakan, saya begitu bertuah lahir di sini. Di mana lagi dapat di cari orang yang paling pemurah, berhemah tinggi dan bangsa yang beradap selain bangsa Melayu ? Di mana lagi dapat kita cari layanan sebaik mungkin dari segi politik bagi kaum pendatang ? Dimana lagi dalam dunia ini ?

Saya ingin bertanya kepada Tuan Puan. Ini ada lah hakikat. Siapa lagi yang akan menjaga kesejahteraan kita. Kaum saya hanya lah 10 peratus , kaum minority. Tetapi saya berbangga, saya berada di sini "

Kalaulah Ramasamy, bekas pensyarah universiti hayati ucapan Tun Sambanthan , tak mungkin dia sanggup menuduh UMNO yang begitu berjasa mempertahankan hak kaum lain, tidak seperti di sesetengah negara yang mana mereka menjadi kasta kelas dua , jauh dari bermimpi untuk menjadi Menteri , bebas mengherdik orang Melayu , bebas menuduh mereka di pinggir dan kaum mereka di tindas walaupun di bidang tertentu seperti perubatan, guaman peratusan mereka mengatasi pribumi sendiri. Malah kalau di lihat Jalan Masjid India, Brickfields, atau Klang, seolah olah kita berada di Bombay atau Calcutta. Pendek kata sekiranya perayaan Deepavali di rayakan sebulan, satu negara tidak akan membaca surat khabar.

Kenapa Ramasamy tidak melihat keadaan di firma swasta, di syarikat syarikat Multinasioanal ? Mengikut kajian USM tahun 2002 hanya 14% Melayu di tahap Pengurusan Tertinggi , 60% di Pengurusan Terendah berbanding 73% di Pengurusan Tertinggi dan hanya 20% di Pengurusan terendah bagi kaum Cina. Polar guna tenaga Bumiputra dalam firma swasta 2005, hanya 20% CEO Bumiputra berbanding 80% bukan bumi dan hanya 40% di peringkat pengurusan berbanding 52% bukan bumi. Kalaulah Ramasamy menjelajah ke bank bank seperti Hong Leong, Public Bank, OCBC, EON, Standard Chartered, HSBC berbanding peratus kakitangan Pengurusan di CIMB, Maybank, RHB sesungguhnya Ramasamy dapat bandingkan siapa yang lebih pemurah. Tak payah lah nak kira bangunan, pusat beli belah, kondominum serata rumah mewah Melayu di Penang, terlalu hiba untuk di buat perbandingan.

Apa yang di bentang oleh Timbalan Menteri MIC di Parlimen baru baru ini, 40% orang Melayu dari seramai 3.2 juta mendapat pendapatan isi rumah di bawah RM 2000 sebulan berbanding hanya 27% cina dan 31% kaum India. Dari 1.6 juta kaum Cina, 9% mendapat pendapatan RM 10000 keatas sebulan berbanding hanya 3% Melayu dan 5.4% India. Hanya 13% Melayu berpendapatan antara RM5000 ke RM10000 berbanding 23% Cina dan 15.4 % kaum India.

Perlukah kaum bukan Melayu terus melaungkan soal ketidaksamaan, kaum yang terpinggir dimana hakikatnya Melayulah yang sepatutnya menyuarakan ketidaksamaan ini. Kalaulah kaum India , Cina boleh mencontohi Tun Sambanthan, Tun Tan Siew Sin dan pemimpin mereka terdahulu, tak mungkin Parlimen Malaysia boleh jadi seperti Parlimen Taiwan. Ada lebih baik Ramasamy kembali ke universiti sebagai pelajar lanjutan.

Roslan Latif
Presiden
Alumni Melayu Amerika Utara ( ALMA )

No comments:

Post a Comment